TOP 10 KEBAIKAN LEMON
(mengikut turutan ke-best-an)
(mengikut turutan ke-best-an)
2. Bagus untuk kulit. Rejuvenate skin from within katanya. Kebaikan lemon untuk kulit: Mengurangkan tanda parut kalau selalu sapu kat parut, mengurangkan kedut dan blackheads kalau selalu minum, bring glow to face (muka bercahaya glow in the dark wah wah wah) kalau selalu makan minum. Kalau dah selesai perah lemon untuk buat lemonade, jangan buang lagi sebab kulit (sebelah dalam) lemon boleh buat scrub muka (buang sel kulit mati) dan juga scrub siku lutut leher.
3. Membuang rasa bersalah untuk hidang air kosong kepada tetamu. Agak-agak nak stylo dengan harga murah, campak sahaja lemon dalam satu jug air masak berisi ais. Kan macam kat hotel? Kan terus semua tetamu hilang sakit-sakit gusi tulang stress semua. Bagus betul tips cipta sendiri ni :')
4. Bagus untuk perut. Apabila dicampur dengan air panas, lemon berupaya menyelesaikan permasalahan nyahtinja yang dihadapi seseorang. Kembung perut, heartburn dan parasites juga mampu dirawat dengan khasiat lemon ciptaan Tuhan.
5. Kurangkan demam kerana membantu kita berpeluh.
6. Merawat sakit tekak. Ha inilah dia! Ha inilah dia! Benefit inilah yang membawa saya menulis artikel ini sekaligus memberi pengetahuan mendalam tentang lemon kepada anda semua. Sebab dia terel melawan jangkitan kuman, mati kau kuman mati kau kuman yang bermastautin di tekak. Tapi dia suruh kumur-kumur air lemon. I minum terus pula teehee.
7. Menenangkan otak & badan yang stress sedang melalui fasa depression. Kerana ia mampu mengawal tekanan darah tinggi, pening-pening dan rasa nak muntah. Tidak stress lagi! Bila tensi cuba minum air lemon, terus berada di awan ke-9 (hiperbola). Apabila tidak stress, rambut tidak gugur, bawah mata tidak lebam, bibir tidak melengkung ke bawah. Kan cantik.
8. Pam keluar toksin dan bakteria dari badan. Pam keluar, wah? Flush out toxins and bacteria bahasa Inggerisnya. Sebab lemon bantu kita kencing lebih banyak dari sukatan biasa (nak uji kebenaran, bolehlah sediakan measuring tube haha ew). Kebaikan itu menjadikan ia blood purifier yang bagus dan mampu memulihkan penyakit seperti Rheumatism, Arthritis, Cholera atau Malaria.
9. Membantu memulihkan masalah/penyakit berkaitan saluran pernafasan. Samada sapu lemon di dada dan sedut aromanya atau minum air panas-panas untuk benefit dari wapnya, semua di ajar di e-How sila usha jangan malas.
10. Bantu kesihatan dan kewangian mulut/gusi. Apabila sakit gigi, sental lemon secara sungguh-sungguh terhadap gigi tersebut untuk mengurangkan kesakitannya. Sila potong lemon itu dulu, jangan kau sental sekali bulat tuh kat gigi memang menjahanamkan lebih lanjut. Kalau gusi berdarah juga, urutlah lemon di tempat gusi itu berdarah, selain bantu menghentikan pendarahan, ia mewangikan gusi busuk ituww.
Kebanyakan fakta ini diambil dan diolah dari Life Mojo. Itu sahaja dari bahagian saya dalam berkongsi khasiat lemon. Sungguh teruja menaip dan berharap semua boleh menjadikan lemon sebagai stok buah yang tetap dalam household. Satu biji lemon baru 65sen dan kalau beli satu plastik ada 10 biji memang boleh tahan lebih dari 2minggu sebab kulit dia tebal dan anda tak pakai banyak pun sekali minum.